Jumat, 18 Maret 2016

Cara Jitu Menjaga Jahitan Selepas Bersalin




Semasa melahirkan anak, ibu mesti dinasihatkan agar tidak mengangkat punggung semasa meneran supaya tak bahagian pangkal rahim tu tak terkoyak kan? Tapi, masa meneran mestilah tak ingat apa yang berlaku. Yang kita ingat adalah sakitnya sahaja. Dan paling penting kita nak keluarkan baby je masa tu   Tapi, akibatnya, kemungkinan untuk terkoyak teruk tu kita kenalah tanggung sendiri.

Bila terkoyak banyak, banyaklah yang kena jahitnya. Ngeri bila fikir-fikirkan kembali saat kena jahit tu. Bidan tu siap buat episiotomi lagi sebab katanya supaya tak terkoyak teruk. Sekurang-kurangnya, dengan episiotomi, senang sikit nak menjahit semula jika dibandingkan dengan terkoyak sana-sini. Masa bersalin anak kedua, luka jahitan agak lama nak sembuh sebab yang menjahit adalah doktor pelatih. 

Hampir sejam masa diambil untuk menjahitnya sahaja. Bila ditanya, cakap sikit je yang terkoyak tapi tak tahu la kenapa lama sangat.

Luka jahitan lepas bersalin nie kena jaga betul-betul supaya tak bernanah ataupun terkoyak balik. Ye la, luka jahitan tu di bahagian selalu kena air. Lagilah kena jaga elok-elok. Takut nanti lambat sembuh je. Inilah 5 langkah mudah ini supaya luka jahitan cepat sembuh. Biasanya, tak sampai seminggu luka dah kering. 


1. Luka Jahitan Mesti Selalu Kering

Ini adalah perkara yang amat susah untuk dilakukan. Seperti yang Syu cakap tadi, bahagian luka ini selalu kena air. Nak buang air mesti akan terkena luka. Nak mandi pun akan terkena luka juga.

Oleh itu, kita kena sentiasa ada kain bersih dalam bilik air supaya kita boleh lapkan bahagian luka setiap kali lepas membuang air ataupun mandi. Kita memang akan letak satu tuala kecil dalam bilik air sebab selalu je terlupa nak bawa masuk toilet.

2. Sapu iodin atau minyak gamat

Ubat ini pun akan letak dalam bilik air je. Lepas lap kering-kering, Kita akan sapu minyak gamat ataupun iodin (ubat kaler kuning tu, memang akan dapat bila balik dari hospital). Tapi, lagi suka guna minyak gamat la sebab lagi cepat baik lukanya.

3. Tukar pad dengan kerap

Pad kita kan sentiasa basah dengan darah, terutamanya masa awal-awal bersalin. Sebab tu la kena tukar selalu. Di samping takut dijangkiti bakteria, pad yang kering akan memudahkan luka untuk sembuh. Kita guna maternity clothpad. Memang best sebab Pabrik dari jenis cotton yang memang menyerap. Jadi, takde la basah sangat tempat luka tu.

4. Rendam dengan air garam

Yang nie sakit sikit la. Kita buat pun sekali sekala je. Kita ambil besen yang agak besar, asal boleh masukkan bahagian luka tu. Sambil menyangkung dalam bilik air tu, rendamkan sekali luka tu. Awal-awal rasa la sakit, tapi lama-lama rasa best je. Garam kan antiseptik yang bagus. Cepatlah mati segala bakteria dan ia juga membantu untuk cepat sembuhkan luka jahitan. Alhamdulillah, memang cepat baik.

5. Makan makanan yang berkhasiat

Makanan yang berkhasiat, terutamanya yang mempunyai zink, protein, dan vitamin C akan membantu mempercepatkan pemulihan luka dan juga membantu untuk mencantumkan semula luka-luka kita itu.
                                 
Jadi, Kita akan amalkan mengambil Set Pantang Bertenaga Shaklee dari hari pertama Syu bersalin sebab Set Pantang Bertenaga Shaklee ini ada kesemua sumber zink (zinc complex), protein (ESP) dan Vitamin C (Sustained Release Vitamin C), di samping keperluan nutrisi-nutrisi lain yang amat diperlukan badan Syu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala.

Jadi, ibu-ibu kena berhati-hati tau dalam menjaga luka jahitan lepas bersalin. Kena pastikan luka cepat sembuh. Kalau tak mesti kita akan sentiasa takut untuk masuk tandas untuk buang air besar sebab tak nak meneran kuat sangat. Risau nanti jahitan tebuka. Kalau takut sangat, cepat-cepat amalkan semua langkah ini untuk pastikan luka cepat sembuh ye.

Kalau perlukan apa-apa, jangan segan-segan untuk minta pertolongan tau!!


SEMOGA BERMANFAAT!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar